Telah dilihat : 7740 kali

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 Syukur ke hadrat Allah S.W.T, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi bersama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam memperkembangkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam urusan seharian jabatan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR Selangor).
 Tujuan laman web dihasilkan adalah untuk memberi input serta maklumat penting mengenai Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor serta daerah dan bahagian di bawahnya.Saya yakin dengan adanya laman web ini, orang ramai akan dapat mengenali dengan lebih dekat akan organisasi, visi, misi, objektif dan fungsi JKR Selangor secara lebih khusus, terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang .
 Sehubungan itu, sejajar dengan hasrat Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggannya, segala urusan menerusi portal ini diharap dapat memudahkan pelanggan berurusan secara maya, terutama dalam menyalurkan segala aduan atau cadangan yang bermanfaat untuk dipertimbangkan dan diadaptasikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Perkongsian maklumat menerusi portal ini juga diharap dapat memberi kesan dan impak kepada pengguna .
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat memberikan manfaat yang sebaiknya kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
DATO' Ir. HJ. HAMIZAN BIN MOHD INZAN
DIMP, BKM.,BCK
Pengarah Jabatan Kerja Raya,
NAssalamualaikum & Salam Sejahtera,

Negeri Selangor Darul Ehsan.

Loading