Telah dilihat : 429 kali

SOALAN LAZIM

Soalan Lazim

1) Apakah yang dimaksudkan dengan JKR?

  • JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya . JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

2) Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR?

  • JKR bertanggungjawab merancang, merakabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

3) Bagaimana untuk menghubungi JKR Selangor?

  • Jabatan Kerja Raya Selangor
    Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,
  • Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17,
  • 40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
    Tel No: 03-5545 9800
    Fax No: 03-5545 3858
  • Hubungi direktori kami di ibu pejabat JKR, JKR Daerah atau Jurutera Daerah. Gunakan cari - telefon direktori untuk semua kakitangan di Ibu Pejabat JKR.

4) Siapakah yang menerajui JKR Selangor?

  • JKR Selangor diketuai oleh Tuan Ir. Shahabuddin bin Muhd Muhayidin dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - Kejuruteraan Awam, Senibina, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, dan Juruukur Bahan

5) Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Selangor?

  • Jika anda ingin menghubungi Ibu Pejabat JKR Selangor & Jurutera Daerah gunakan direktori pegawai kakitangan JKR Selangor.
Loading