Telah dilihat : 4678 kali

Visi, Misi & Objektif

Visi dan Misi

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

 

Visi

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang  Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan  Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

 

Misi

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

- Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai   rakan kongsi strategik.

- Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.

- Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.

- Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

- Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

- Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

 

Objektif

Untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya Jalan, Bangunan, Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Pengkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada :

- Jangka masa secepat mungkin.

- Kos yang ekonomi.

- Rekabentuk dan mutu yang terbaik.

Loading