Telah dilihat : 811 kali

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman Web JKR Daerah Hulu Selangor kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata-kata aluan dalam Laman Web Rasmi JKR Daerah Hulu Selangor ini.

Sebagai agensi teknikal utama Kerajaan, JKR diamanahkan untuk melaksanakan projek pembangunan, penyelenggaraan aset dan memberi khidmat nasihat teknikal kejuruteraan. Adalah menjadi matlamat JKR Daerah Hulu Selangor untuk memastikan supaya organisasi ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi untuk mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

JKR Daerah Hulu Selangor bertekad untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan di dalam segala bidang yang dipertanggungjawab dan berharap agar pengguna selesa untuk melayari Laman Web yang berinformasi ini. JKR Daerah Hulu Selangor juga mengalu-alukan sebarang aduan, pertanyaan, maklumbalas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan jabatan ini. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dan menjayakan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

ABU MUSA BIN HAMZAH
Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor.

Kalender

Hubungi Kami

Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

 

Telephone:03-6064 1058
Fax: 03-6064 1123
Email: hselangor@jkr.gov.my

Maklumat

Jumlah Pelawat :   dgGEREg