Telah dilihat : 1033 kali

Perutusan Jurutera Daerah

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya dengan penuh rasa hormat mengucapkan selamat datang ke laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor. Sebagai salah sebuah organisasi teknikal di negeri selangor, Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bagi daerah kuala selangor selain dari menjadi penasihat teknikal dan konsultansi dalam bidang yang melibatkan kejuruteraan dan pembinaan. Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat membantu masyarakat ke arah hidup yang lebih berkualiti. Untuk itu, kami berhasrat memberi perkhidmatan dengan lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini melalui laman web ini
 
Laman web ini direka dengan struktur yang informatif bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi pejabat ini. Selaras dengan aspirasi perkhidmatan sektor awam yang mendahulukan kepentingan masyarakat dan mengutamakan pencapaian, laman web ini diharap akan memberikan maklumat yang diingini dan kemudahan mengemukakan pertanyaan serta aduan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan. Saya amat berharap agar orang ramai dapat memanfaat akan maklumat yang disediakan disamping terus memberi sokongan kepada organisasi ini,
 
Sekian Terima Kasih. 
Ir. Dr. FAIRUL ZAHRI BIN MOHAMAD ABAS
Jurutera Daerah
JKR Kuala Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dengan penuh rasa hormat mengucapkan selamat datang ke laman web Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor. Sebagai salah sebuah organisasi teknikal di negeri selangor, Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bagi daerah kuala selangor selain dari menjadi penasihat teknikal dan konsultansi dalam bidang yang melibatkan kejuruteraan dan pembinaan. Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat membantu masyarakat ke arah hidup yang lebih berkualiti. Untuk itu, kami berhasrat memberi perkhidmatan dengan lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini melalui laman web ini

Laman web ini direka dengan struktur yang informatif bagi memudahkan orang ramai mengakses maklumat serta memahami peranan dan fungsi pejabat ini. Selaras dengan aspirasi perkhidmatan sektor awam yang mendahulukan kepentingan masyarakat dan mengutamakan pencapaian, laman web ini diharap akan memberikan maklumat yang diingini dan kemudahan mengemukakan pertanyaan serta aduan bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan. Saya amat berharap agar orang ramai dapat memanfaat akan maklumat yang disediakan disamping terus memberi sokongan kepada organisasi ini.

Sekian Terima Kasih

Ir. Nur Hafidzan Bin Idris P.J.K
Jurutera Daerah
JKR Kuala Selangor

Kalender

Hubungi Kami

Pejabat Jurutera Daerah,
JKR Kuala Selangor,
Jalan Kemajuan,
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

 

Telephone:03-3289 1040/1173
Fax: 03-32891626
Email: kselangor@jkr.gov.my

Maklumat

Jumlah Pelawat :   dgGEREg