Telah dilihat : 1134 kali

Sejarah JKR Daerah Klang

abatan Kerja Raya Daerah Klang terletak di Jalan Tepi Sungai dan berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Hishamudin Sg. Bertih. Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang yang ditubuhkan pada tahun 1980 dahulunya berkongsi bangunan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang terletak di Jalan Kota. Selepas pada itu, JKR Klang telah mempunyai bangunan sendiri dan telah berpindah pada 1hb. Mac 2008 di mana tapak lama merupakan kuarters kediaman pekerja JKR Klang. Manakala bangunan stor dan bengkel JKR Klang telah dibina serta diduduki mulai bulan Oktober 2010 di Jalan Kapar.
 
  Bilangan kakitangan JKR Klang adalah seramai 183 orang. Terdiri dari 9 orang di bawah kerajaan Persekutuan dan seramai 174 di bawah kerajaan Negeri termasuk di bahagian pejabat, stor dan bengkel. JKR Klang diterajui oleh seorang Jurutera Daerah J52 iaitu Ir. Sheikh Ismail Bin Sheikh Salleh dan dibantu oleh tiga orang jurutera iaitu Mohd Sabri @ Mohd Fardhir Bin Husin (Jurutera Senggara J44), Siti Khadijah Binti Othman (Jurutera Jalan J44) dan Effa Irdawati Binti Superman (Jurutera Bangunan J41) dan dua orang Jurutera Awam J41 berjawatan CFS masing-masing ditempatkan di Bahagian Jalan dan Bangunan. JKR Klang dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan, Bahagian Ukur Bahan dan juga Bahagian Elektrik. Kerja-kerja utama yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Klang amnya banyak melibatkan penyediaan infrastruktur, kemudahan awam, senggara dan pengurusan am.

    Jabatan Kerja Raya Daerah Klang terletak di Jalan Tepi Sungai dan berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Hishamudin Sg. Bertih. Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang yang ditubuhkan pada tahun 1980 dahulunya berkongsi bangunan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang terletak di Jalan Kota. Selepas pada itu, JKR Klang telah mempunyai bangunan sendiri dan telah berpindah pada 1hb. Mac 2008 di mana tapak lama merupakan kuarters kediaman pekerja JKR Klang. Manakala bangunan stor dan bengkel JKR Klang telah dibina serta diduduki mulai bulan Oktober 2010 di Jalan Kapar.

  Bilangan kakitangan JKR Klang adalah seramai 173 orang. Terdiri dari 8 orang di bawah kerajaan Persekutuan dan seramai 165 di bawah kerajaan Negeri termasuk di bahagian pejabat, stor dan bengkel. JKR Klang diterajui oleh seorang Jurutera Daerah J52 iaitu Ir. Syaharidanisman Bin Mohd Johanis dan dibantu oleh tiga orang jurutera iaitu Suhafendi Bin Sulong (Jurutera Jalan J44), Azeem Reezal Bin Hamid (Jurutera Fasiliti J41), Aini Binti Abdul Rahman (Jurutera Bangunan J41) dan seorang Jurutera Awam J41, Kamazul Syazana Binti Kamarulzaman.

   JKR Klang dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan, Bahagian Ukur Bahan dan juga Bahagian Elektrik. Kerja-kerja utama yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Klang amnya banyak melibatkan penyediaan infrastruktur, kemudahan awam, senggara dan pengurusan am.

 

Kalender

Hubungi Kami

No.1,
Lorong Sembilang 8E,
Off Jalan Tepi Sungai,
41100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

 

Telephone:03-3371 4040
Fax: 03-3372 7490
Email: klang@jkr.gov.my

Maklumat

Jumlah Pelawat :   dgGEREg