Telah dilihat : 2356 kali

LATAR BELAKANG JKR SEPANG

Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang telah ditubuhkan sejak 1972; dari 2 sub-Daerah iaitu Kuala Langat – Mukim Labu  & Sepang) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil).
Sempadan Daerah dibatasi oleh Lebuhraya SKVE (E26) di utara, Lebuhraya Utara-Selatan (E2) disebelah timur dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (E6) disebelah Barat. Manakala sebelah selatan dibatasi oleh Sempadan Negeri Sembilan.
Pusat Pentadbiran Putrajaya, Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, KLIA & KLIA 2 dan Litar Lumba Sepang terletak dalam Daerah Sepang, maka tempias pembangunan berskala besar diterima oleh JKR Daerah Sepang yang juga dikenali sebagai Lembah KL 2.
Disamping itu, Daerah Sepang bukan sahaja dikenali sebagai hab pengangkutan udara dan pusat komersial; ianya dikenali sebagai hab Ilmu dimana terdapat banyak institusi pengajian tinggi Awam dan Swasta seperti UNITEN, KLIUC, INSPEN, PETRONAS , MMU, Akademi Lim Kok Wing dan juga Pusat Latihan Bank komersial.
Kalau ke sebelah selatan dan persisiran pantai terdapat Gold Coast di  pantai Bagan Lalang, Pelancongan Agro di Bangkuris serta jalan menghala ke Pusat Pelancongan Port Dickson.
Daerah Sepang berkeluasan 58,527 Hektar serta jalinan Jalan Persekutuan sepanjang 202 Kilometer dan Jalan Negeri sepanjang 288 Kilometer. Oleh itu peranan JKR Daerah Sepang sebagai pelaksana pembangunan pasarana kerajaan serta selenggara aset infra-struktur sedia ada dalam keadaan kebolehgunaan, mesra pengguna dan selamat amatlah berat.

Kalender

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Sepang,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Telephone:03-8706 1040
Fax: 03-8706 1666
Email: Sepang@jkr.gov.my

Maklumat

Jumlah Pelawat :   dgGEREg